Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 8 Ogos 2011

Salam Ramadhan...1432 H

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....syukur alhamdulillah..kita masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa..untuk berada di dalam madrasah ramadhan pada tahun ini..Mudah-mudahan dengan kedatangan bulan yang penuh keberkatan & keampunan ini menjadikan diri kita insan yang tidak lalai daripada mengingatiNya..setiap saat dan waktu yang berlalu.......Marilah sama-sama kita rebut peluang yang ada ini untuk memperbanyakkan amal ibadat kepadaNya.....dengan zikrullah..tadarus..tahajjud..dan seumpamanya..Memang mudah untuk disebut, tetapi agak sukar untuk dilaksanakannya..melainkan bagi mereka yang sentiasa istiqamah dan bermujahadah menentang hawa nafsu yang sering bermaharajalela..Semoga dengan kehadiran bulan yang dijanjikan pembebasan drpd api neraka ini, memberikan keinsafan buat diri kita semua..di atas segala kesilapan-kesilapan yang lalu..semoga Allah menerima taubat kita amin......Selamat beramal....beramal...kerana Allah....Allah Maha Besar.

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011......"Terima kasih cikgu"..

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia....khasnya buat guru-guru di SK Menawo, Keningau, Sabah.....Semoga Allah membalas segala jasa baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian..."Guru yang beriman ibarat mentari yang berkilau..Guru yang sejati umpama pewangi yang mengharumkan..Guru yang setia menjadi pendorong setiap impian..Guru yang berhati mulia membawa 1000 kebahagiaan..Moga kalian dinobatkan sebagai Guru yang cemerlang di dunia dan akhirat"...sms ni dikirim oleh sahabat baik saya, Ust Abdul Mutalib Kariya, guru j-QAF di sebuah sekolah di Sungai Petani...Mudah-mudahan menjadi iktibar dan dorongan buat diri kita semua..ke arah menjana transformasi pendidikan anak-anak murid tercinta...Jutaan terima kasih diucapkan buat semua tenaga pendidik di Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah (Yayasan Islam Perlis)....jasamu kan ku kenang hingga ke akhir hayat....."Bi aidiina nabnyl ma'ad"....

Takziah....Pemergian sahabat karibku....Ust Mohd Ali

Assalamualaikum wbt....Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un...Takziah diucapkan kepada isteri, anak-anak dan ahli keluarga ustaz Mohd Ali Jaafar. Ustaz Md Ali telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 6.20 petang, 15hb Mei yang lalu..Ustaz Mohd Ali merupakan bekas pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Keningau...dulunya dikenali sebagai Institut Perguruan Keningau. Beliau telah berjaya mengikuti Kursus KPLI j-QAF mode LPBS, opsyen Pendidikan Islam ambilan 2006 bersama-sama saya dan kawan-kawan lain..Semoga Allah mengampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang soleh....Sahabat2 boleh lihat kronologi/detik2 terakhir allahyarham ust md ali di blog ini : http://kalammurabbi.blogspot.com/2011/05/sahabatku-mohd-ali-jaafar-kau-pergi-jua.html
Agak sedih dan terkilan jugaklah kerana tidak sempat untuk berjumpa ust md ali di saat beliau sedang berjuang melawan penyakitnya...kita hanya mampu merancang..Dia yang menetukan...

Rabu, 11 Mei 2011

Takziah Di Atas Pemergian Nenda Encik Mohd Ikhwan Yahya

Saya selaku wakil guru-guru SK Menawo mengucapkan takziah kepada Encik Mohd Ikhwan Yahya sekeluarga di atas pemergian nenda tercinta...Sama2 kita doakan semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman..amin...

Rabu, 4 Mei 2011

Selamat Hari Pekerja

"Pekerja Merealisasi Transformasi Negara"....Sama-samalah kita ikhlaskan niat di dalam melaksanakan tanggungjawab sama ada sebagai seorang guru, arkitek, jurutera, posmen, pegawai bank dan sebagainya, mudah-mudahan mendapat keredhaanNya....

Jumaat, 29 April 2011

Perpisahan dengan pelajar praktikum IPGM Kampus Keningau

Hari ini, genaplah 3 bulan pelajar praktikum daripada IPGM Kampus Keningau, Encik Ibrahim Sarkawi dan Cik Cheryl berada di sekolah kami. Sepanjang mereka berada di sekolah ini, ramai murid yang begitu gembira dan ceria...Sebahagiannya membantu guru praktikum ini mengecat tayar2 lama yang dihiasi dengan pokok bunga di sekitar SK Menawo ini...Tampak semakin indah pemandangan SK Menawo...Guru PSV, Puan Jainah Ngoai pun turut sama mengecat mural dan bangunan kelas di Tahun 1 Intelek dan 1 Bestari serta di pagar sekolah..Mudah2an semangat ini dapat dikongsi oleh semua guru dan murid2 SK Menawo, ke arah mencantikkan lagi sekolah ini....Mantop....Selamat berpisah...mudah2an anda berdua berjaya menjadi guru yang cemerlang apabila sudah tamat belajar di IPGM Kampus Keningau nanti....

Ahad, 17 April 2011

Pengalaman Pertama Menyambut Hari Raya Aidilfitri di Keningau

Ini merupakan kali pertama saya menyambut Hari Raya Aidilfitri di Bandar Keningau ini....Tanggal 9 Oktober 2010, bersamaan 1 Syawwal 1431H..Kami sekeluarga telah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Surau SMK Keningau 2 bersama rakan-rakan guru dan jemaah..Perasaan sedih ada jugakla...teringat abah, mak dan adik-beradik yang beraya di kampung...kawan2 yang tinggal dekat dengan rumah pun ramai yang balik raya di semenanjung...sunyi jugaklah........ Hari raya pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dipenuhi dengan undangan "rumah terbuka"...pelbagai jenis masakan dihidangkan....teringatlah masakan dan kuih raya macam di kampung..macam2 jenis....terima kasih sahabat-sahabat..di atas undangan ke umah tuan-tuan semua..Baarokallahu lakum...