Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 29 April 2011

Perpisahan dengan pelajar praktikum IPGM Kampus Keningau

Hari ini, genaplah 3 bulan pelajar praktikum daripada IPGM Kampus Keningau, Encik Ibrahim Sarkawi dan Cik Cheryl berada di sekolah kami. Sepanjang mereka berada di sekolah ini, ramai murid yang begitu gembira dan ceria...Sebahagiannya membantu guru praktikum ini mengecat tayar2 lama yang dihiasi dengan pokok bunga di sekitar SK Menawo ini...Tampak semakin indah pemandangan SK Menawo...Guru PSV, Puan Jainah Ngoai pun turut sama mengecat mural dan bangunan kelas di Tahun 1 Intelek dan 1 Bestari serta di pagar sekolah..Mudah2an semangat ini dapat dikongsi oleh semua guru dan murid2 SK Menawo, ke arah mencantikkan lagi sekolah ini....Mantop....Selamat berpisah...mudah2an anda berdua berjaya menjadi guru yang cemerlang apabila sudah tamat belajar di IPGM Kampus Keningau nanti....

Ahad, 17 April 2011

Pengalaman Pertama Menyambut Hari Raya Aidilfitri di Keningau

Ini merupakan kali pertama saya menyambut Hari Raya Aidilfitri di Bandar Keningau ini....Tanggal 9 Oktober 2010, bersamaan 1 Syawwal 1431H..Kami sekeluarga telah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Surau SMK Keningau 2 bersama rakan-rakan guru dan jemaah..Perasaan sedih ada jugakla...teringat abah, mak dan adik-beradik yang beraya di kampung...kawan2 yang tinggal dekat dengan rumah pun ramai yang balik raya di semenanjung...sunyi jugaklah........ Hari raya pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dipenuhi dengan undangan "rumah terbuka"...pelbagai jenis masakan dihidangkan....teringatlah masakan dan kuih raya macam di kampung..macam2 jenis....terima kasih sahabat-sahabat..di atas undangan ke umah tuan-tuan semua..Baarokallahu lakum...