Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011......"Terima kasih cikgu"..

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia....khasnya buat guru-guru di SK Menawo, Keningau, Sabah.....Semoga Allah membalas segala jasa baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian..."Guru yang beriman ibarat mentari yang berkilau..Guru yang sejati umpama pewangi yang mengharumkan..Guru yang setia menjadi pendorong setiap impian..Guru yang berhati mulia membawa 1000 kebahagiaan..Moga kalian dinobatkan sebagai Guru yang cemerlang di dunia dan akhirat"...sms ni dikirim oleh sahabat baik saya, Ust Abdul Mutalib Kariya, guru j-QAF di sebuah sekolah di Sungai Petani...Mudah-mudahan menjadi iktibar dan dorongan buat diri kita semua..ke arah menjana transformasi pendidikan anak-anak murid tercinta...Jutaan terima kasih diucapkan buat semua tenaga pendidik di Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah (Yayasan Islam Perlis)....jasamu kan ku kenang hingga ke akhir hayat....."Bi aidiina nabnyl ma'ad"....

Takziah....Pemergian sahabat karibku....Ust Mohd Ali

Assalamualaikum wbt....Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un...Takziah diucapkan kepada isteri, anak-anak dan ahli keluarga ustaz Mohd Ali Jaafar. Ustaz Md Ali telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 6.20 petang, 15hb Mei yang lalu..Ustaz Mohd Ali merupakan bekas pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Keningau...dulunya dikenali sebagai Institut Perguruan Keningau. Beliau telah berjaya mengikuti Kursus KPLI j-QAF mode LPBS, opsyen Pendidikan Islam ambilan 2006 bersama-sama saya dan kawan-kawan lain..Semoga Allah mengampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang soleh....Sahabat2 boleh lihat kronologi/detik2 terakhir allahyarham ust md ali di blog ini : http://kalammurabbi.blogspot.com/2011/05/sahabatku-mohd-ali-jaafar-kau-pergi-jua.html
Agak sedih dan terkilan jugaklah kerana tidak sempat untuk berjumpa ust md ali di saat beliau sedang berjuang melawan penyakitnya...kita hanya mampu merancang..Dia yang menetukan...

Rabu, 11 Mei 2011

Takziah Di Atas Pemergian Nenda Encik Mohd Ikhwan Yahya

Saya selaku wakil guru-guru SK Menawo mengucapkan takziah kepada Encik Mohd Ikhwan Yahya sekeluarga di atas pemergian nenda tercinta...Sama2 kita doakan semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman..amin...

Rabu, 4 Mei 2011

Selamat Hari Pekerja

"Pekerja Merealisasi Transformasi Negara"....Sama-samalah kita ikhlaskan niat di dalam melaksanakan tanggungjawab sama ada sebagai seorang guru, arkitek, jurutera, posmen, pegawai bank dan sebagainya, mudah-mudahan mendapat keredhaanNya....